Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2025

JEMPUTAN KE SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Kepada Warga Bukit Jelutong dan sekitar

Majlis Perwakilan Penduduk Zon 19 (MPP Zon 19), Bukit Jelutong ingin menjemput warga Bukit Jelutong dan kawasan sekitar untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 15 Februari 2025, Sabtu
⏰ Waktu: 8:00pm – 11:00pm
📍 Tempat: Dewan Kosmos, Jalan Jendela U8/20, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti :
. Persembahan kebudayaan dan nyanyian
. Tarian singa
. Cabutan bertuah
. Pakaian terbaik untuk kanak kanak
. Jamuan

Marilah kita raikan perayaan ini bersama-sama dalam semangat harmoni dan muhibah. Semoga sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan, serta mengukuhkan hubungan sesama kita.

Jumpa anda di sana!

Terima Kasih.

YM Tengku Ahmad bin Tengku Kasim
Ahli Majlis MBSA / Pengerusi MPP Zon 19