Townhall Talk 2

Pada Sabtu 30 September 2023 telah diadakan Sesi Townhall Talk 2 bertempat di Dewan Kosmos, Bukit Jelutong. Seramai 200 penduduk Bukit Jelutong telah hadir ke program ini.

Agensi-agensi yang terlibat ialah PDRM, BOMBA, JKR, MBSA dan SIME DARBY. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Azli Yusof.

Majoriti penduduk Bukit Jelutong meluahkan bantahan terhadap perancangan dari pihak SIME DARBY untuk projek TIARA JELUTONG dimana projek ini akan menggunakan tanah GOLF COURSE yang sediada.

Selain itu, turut dibincangkan adalah masalah banjir dan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak.